Tuesday, April 17, 2012

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Mengapa Anda Perlukan Insuran??


Pertama, ingin saya jelaskan disini, insurans hayat bukan insurans kematian. Membeli insurans bukan bermakna anda merancang utk mati tidak lama lagi!

Sebaliknya,membeli insurans itu bertujuan utk anda melindungi kewangan keluarga anda, dari kerugian kewangan yg berpunca dari musibah tertentu seperti ditimpa penyakit kritikal atau kemalangan,lumpuh keseluruhan atau meninggal dunia. Bukan mati sahaja.


Kedua, saya tidak perlu menyakinkan anda tentang konsep insurans kerana anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans tersebut. Seperti pernah saya jelaskan sebelum ini, insurans itu hanyalah satu 'alat' untuk anda melindungi kewangan anda. Konsep insurans sedia-ada adalah utk membantu anda menjamin sumber kewangan yg berterusan dan menutup kerugian kewangan yg berlaku di dalam kehidupan anda.

Anda mungkin tidak sedar bahawa, anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans ini. Anda juga tidak sedar, selama ini, pekerjaan anda atau perniagaan andalah yg merupakan 'insurans' kepada kehidupan anda. Bagi menjamin sumber kewangan yg berterusan, atau memenuhi keperluan kewangan yg timbul secara mendadak, anda bergantung kepada pekerjaan atau perniagaan yg anda lakukan sekarang.

Sama ada anda terpaksa bangun awal pagi, meredah kesesakan lalulintas atau kerja 'overtime' hingga lewat malam, anda lakukan ini semua kerana pekerjaan atau perniagaan anda itu, adalah satu 'insurans' bagi anda menjamin sumber kewangan anda.

Sebab itulah saya katakan, saya tidak perlu meyakinkan anda tentang konsep insurans kerana anda selama ini, sebenarnya sudah pun yakin dgn konsep insurans.


Cuma persoalannya sekarang:-

1.Apa akan terjadi kepada kewangan anda apabila anda sudah tidak boleh bekerja/berniaga lagi?

2.Bagaimana anda hendak menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, apabila anda sudah tidak berupaya utk bekerja/berniaga?

Inilah sebabnya mengapa anda perlu memiliki insurans-utk memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki, supaya anda tetap dapat menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, walaupun setelah anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada!

Jika sebelum ini, anda memiliki pekerjaan atau perniagaan sebagai satu jaminan kewangan, maka perluaskan keupayaan anda, dgn memiliki insurans sebagai satu jaminan tambahan. Ini supaya, di saat anda sudah tidak boleh bekerja, keluarga anda masih boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, dgn adanya bantuan kewangan dari insurans.

Daripada anda membiarkan keluarga anda hidup sengsara, meminta-minta drpd org lain, hingga kadangkala terpaksa menjual maruah diri utk menyara anak2, bukankah lebih baik jika anda mula memiliki insurans dari sekarang?

Masyarakat selalu mudah berkata, tidak perlu risau kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Pungutan Zakat dan Baitul Mal ada utk membantu mereka. Mereka menyangka ketiga-tiga organisasi ini, akan dapat menyelesaikan semua masalah kewangan yg mereka hadapi, di saat mereka sudah tidak boleh bekerja lagi.
Tetapi hakikatnya, berapa banyakkah sumbangan yg mereka akan terima? RM150 sebulan? RM300 sebulan? Adakah ianya mencukupi utk menampung keperluan harian keluarga?

Inilah hakikat kehidupan yg anda seringkali lupa dan mereka yg sudah menerima bantuan badan kebajikan pun, masih hidup meminta-minta di dlm media massa kerana bantuan sumbangan yg diterima tidaklah seberapa, sekadar cukup utk keperluan asas sahaja.


Kesimpulan:

Anda perlu terima hakikat bahawa musibah boleh menimpa tanpa mengira usia dan anda perlu melakukan sesuatu sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan didalam kehidupan anda.
Memiliki insurans merupakan cara terbaik
anda memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki dari pekerjaan atau perniagaan anda.

Bukan sahaja insurans dapat menyediakan duit sara hidup di saat anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada, ia juga dapat membantu anda menunaikan tanggungjawab anda terhadap keluarga tersayang.


KENAPA ANDA PERLUKAN INSURANS @ TAKAFUL?

Anda Rasa RUGI Ambil Takaful, Tapi Anda LAGI RUGI Kalau Tak Ada TAKAFUL. Sekiranya Anda Tidak Membuat Sumbangan Hari Ini, Satu Hari Nanti Anda Pasti Menyumbang Dalam JUMLAH YANG BESAR Kepada Hospital.. 

Pepatah Lama Yang Sudah Bertukar – Harimau Mati Meninggalkan Belang Tapi Manusia Mati Meninggalkan HUTANG..

Anda Sudah Mempunyai Perlindungan Dari Syarikat Anda Bekerja, dan Anda Hanya Mungkin Berminat Selepas Bersara (Umur 55)?
Tahukah Anda Takaful Kesihatan Hanya Boleh Diambil Ketika Sihat Sahaja. Jika Sudah Ada Diabetis @ Darah Tinggi Segalanya Mungkin Sudah Terlewat..


Adakah Anda Boleh MEMBERI JAMINAN Anda Tiada Penyakit Apabila Menjelang Umur 50-an. Sanggupkah Anda Menggunakan Wang EPF @ KWSP Anda Untuk Membayar Bil Hospital???

Sekiranya Saya Minta Dari Anda RM 50,000 Sudah Tentu Anda Tidak Akan Beri, Tapi Kalau Doktor Anda Minta RM50,000 Adakah Anda Akan Beri Sekiranya Ia Melibatkan Nyawa Anda?


Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sentiasa terdedah kepada kemungkinan ditimpa bencana atau malapetaka tanpa kita duga. Ada Pro dan Kontra dalam kedua-dua keputusan anda… Tetapi pro nya lebih banyak jika anda mengambil takaful sebagai sebahagian dari perancangan kewangan anda. 

Di antara Pro nya adalah :

1- Anda melindungi diri dengan yang Pelan Yang Di Akui Oleh Syariah.

2- Anda dapat buat Perlindungan, Perubatan dan Simpanan dalam satu masa berbanding simpanan sahaja di bank.

3- Sekiranya anda meninggal dunia…sekurang-sekurangnya anda telah meninggalkan wang untuk kegunaan ibu bapa anda, isteri anda dan anak-anak anda dengan Wang Yang Halal Dari Segi Syariah.

4- Jika anda lumpuh …sekurang-sekurang kos perubatan anda telah dilindungi dan anda tidak menyusahkan orang-orang yang terdekat dengan anda dalam bentuk kewangan dan anda meninggalkan sebahagian wang untuk menjaga anda, memberi makan minum anda dan menbiayai perubatan anda dengan Wang Yang Halal Dari Segi Syariah.

5- Jika Anda terkena salah satu penyakit kritikal contohnya jantung ( 1 dari 3 lelaki berumur 40 tahun ke atas kena penyakit jantung!), kanser (1 daripada 4 wanita di Malaysia kena penyakit kanser!)… Sekurang-kurangnya anda telah melindungi kos perubatan anda dengan wang daripada pelindung takaful anda yang halal dari segi syariah. dan kos-kos rawatan seperti kemoterapi, pembedahan susulan semuanya di bayar oleh syarikat takaful anda.
Peserta yang menyertai Takaful bukan sahaja akan menikmati ganjaran di dunia, tetapi juga pahala dan ganjaran di akhirat kerana bantu membantu antara peserta yang mengalami kemalangan, kerugian dan kecelekaaan.

Di dalam agama Islam, penekanan kepada konsep kerjesama ini adalah amat jelas sebagaimana mafhum sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud iaitu “Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain”.



Prudential BSN Takaful

Prudential BSN Takaful adalah hasil usahasama di antara Prudential Holdings Ltd & Bank Simpanan Nasional. Produk-produk yang dihasilkan oleh Prudential BSN Takaful adalah Produk Yang Berlandaskan Syariah. Prudential BSN Takaful telah melancarkan produk Takaful keluarganya yang pertama iaitu Takafulink pada 8 Nov, 2006.

Pelan Takaful ini merupakan Pelan yang Lengkap, Fleksibel dan boleh di sesuaikan mengikut umur dan keperluan individu yang berbeza. Takafulink juga merupakan pelan Takaful Pertama di Malaysia yang menyediakan Kad Perubatan bagi membiayai kos rawatan hospital pakar yang tinggi.

Saya bersedia memberi khidmat rundingan percuma untuk anda dan keluarga bagi memilih pelan takaful terbaik yang memenuhi keperluan anda dan keluarga. ARIFF - 0133579818.

No comments:

Post a Comment