Takaful Puteri



Takaful Puteri merupakan manfaat perlindungan tambahan khusus untuk wanita yang di tawarkan di dalam pelan Takaful keluarga komprehensif - Takafulink. Ia menyediakan manfaat perlindungan yang unik kepada wanita di dalam pelbagai peringkat kehidupan. Biasanya manfaat-manfaat yang di sediakan ini tidak terdapat di dalam pelan perlindungan sedia ada.
Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Terdapat 2 pilihan iaitu Takaful Puteri dan Takaful Puteri Plus.
Dan

Terdapat 3 pilihan bagi amaun perlindungan yang berbeza iaitu RM50,000 , RM100,000 dan RM150,000.

A) Takaful Puteri

Antara manfaat-manfaat yang di tawarkan oleh Takaful Puteri adalah seperti berikut :

1. Kanser Wanita
• Kanser Payudara
• Kanser Serviks Uteri
• Kanser Tiub Fallopio
• Kanser Ovari
• Kanser Uterus
• Kanser Vagina / Vulva

2. Systemic Lupus Erythematosus with Lupus Nephritis (SLE)
Sila rujuk halaman ini untuk mengetahui apakah itu SLE - http://www.lupusmalaysia.org

a)30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.

b) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

1) Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau

2) Karsinoma-in-situ payudara atau serviks uteri
Sila rujuk halaman berikut bagi mengetahui tentang carsinoma-in-situ - http://www.breastcancer.org

3) Pembedahan pembaikan (reconstructive) payudara

4) Rheumatoid arthritis dan komplikasinya
    Sila rujuk halaman berikut bagi mengetahui tentang Rheumatoid arthritis -http://en.wikipedia.org/wiki/Rheumatoid_arthritis

5) Pembedahan pembaikan muka akibat kemalangan

6) Tampalan kulit akibat terbakar atau kanser kulit


B) Takaful Puteri Plus

Takaful Puteri Plus menyediakan manfaat penjagaan bagi wanita-wanita yang telah menjadi seorang Ibu. Manfaat-manfaat ini termasuklah :

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar

Komplikasi Kehamilan
·         Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
·         Kehamilan Ektopik (Kandungan Luar Rahim) atau
·         Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
·         Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
·         Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)
B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.

Penyakit-penyakit Kongential Bayi
·         Sindrom Down atau
·         Kecacatan Vetrikel Septum atau
·         Kecacatan Atrium Septum atau
·         Spina Bifida atau
·         Lelangit Rekah
·         Sumbing
Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

Nota: 
Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan


Saya bersedia memberi khidmat rundingan percuma untuk anda dan keluarga bagi memilih pelan takaful terbaik yang memenuhi keperluan anda dan keluarga - Ariff 0133579818.



No comments:

Post a Comment