MRTA VS
INVESTMENT LINK (MLTA)
Untuk pengetahuan semua MRTA atau
Mortgage Reduced Term Assurance merupakan sejenis perlindungan insuranS untuk
pinjaman rumah. Tujuan individu membeli polisi MRTA tidak lain adalah sebagai
perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya
berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent
Disable (TPD) kepada peminjam. Jadi polisi MRTA ini akan membayar baki pinjaman
yang terunggak.
Ciri-Ciri
MRTA
1. Bayaran lump sum (sekali gus).
2. Biasanya akan dimasukkan didalam loan sekiranya jumlah premium terlalu mahal (bg membolehkan bayaran secara bulanan).
3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.
4. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.
5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.
6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman.
7. Tiada nilai tunai.

Bagi mereka yang aktif dalam pelaburan
hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali kita buat pinjaman kita perlu
memohon plan MRTA dan sekiranya kita ingin menjual hartanah tersebut, kita
perlu batalkan MRTA tersebut. Dan seterusnya sekiranya kita ingin membeli
hartanah lain, kita perlu mengambil sekali lagi MRTA yang lain. Dan sudah tentu
pada masa itu umur kita telah meningkat dan menyebabkan premium lebih mahal.
Kalau mahal masih ok lagi, tapi kalau dah sakt sampai syarikat
insurance/takaful pun dah tak nak amik kita sebagai pemegang polisi. Macam
mana?…..Masa tu dah tak de chance nak amik MRTA lagi.
Bagaimana boleh dijadikan
sebagai satu option dalam menggantikan MRTA?
Ciri-Ciri
Investment Link (MLTA)
1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan
bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh
bank.
2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu.
3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.
4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.
5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh investment link ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, elaun ICU, elaun pembedahan dan sebagainya.

7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.
Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkan disebabkan kita tidak dikenakan interest atas premium sekiranya premium dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan premium untuk simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%
Nasihat
Saya
Sekiranya hartanah anda adalah hanya
untuk tujuan perlaburan, investment link sepatutnya menjadi pilihan anda kerana
anda akan menjual hartanah tersebut dan membeli yang baru dan seterusnya anda
tidak perlu membeli polisi insurans yang baru, walaubagaimanapun semuanya
bergantung kepada apa yang anda kehendaki dan jumlah wang dalam poket anda.
No comments:
Post a Comment