Konsep Takaful


KONSEP INSURANS ISLAM

TAKAFUL merupakan satu konsep insurans berlandaskan Muamalat Islam yang menepati Syariah. Takaful berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud
 ‘saling menjamin’ atau joint guarantee. Ia boleh digambarkan sebagai satu perjanjian antara sekumpulan peserta yang bersetuju untuk saling menjamin mana-mana ahli dalam kumpulan itu yang ditimpa kerugian tertentu.
Konsep takaful ini sudah pun wujud pada asasnya sejak sebelum zaman Islam lagi. Pada masa itu, ia dikenali sebagai sistem
‘aqila’ (tanggungjawab bersama) yang dipelopori oleh kaum-kaum Arab pada waktu itu.
Takaful yang dikenali sekarang beroperasi sebagai satu jenis perniagaan (tijari), dan ia berlandaskan prinsip Syariah, iaitu tiada unsur riba, perjudian atau ketidakpastian dalam kontrak dan pengendalian perniagaan takaful itu.
Dalam kontrak takaful, peserta bersetuju untuk menderma sebahagian daripada caruman mereka untuk membantu peserta-peserta lain yang menghadapi kesulitan/kerugian tertentu (ini di kenali sebagai tabarru’). Ia merangkumi unsur perkongsian tanggungjawab, saling menjamin dan melindung sesama mereka. Ini merupakan teras kepada sistem takaful yang menjadikan unsur ketidaktentuan dibenarkan dalam kontrak takaful.
Secara prinsipnya, sistem Takaful adalah diasaskan atas semangat saling bekerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling bantuan membantu di antara kumpulan-kumpulan peserta.

ASAS KERJASAMA
Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa (al-Birr dan al-Taqwa) dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
(Surah Al-Maidah, Ayat 2)

ASAS TANGGUNGJAWAB
Perbandingan hubungan dan perasaan antara Mukmin umpama sebuah badan; apabila salah satu daripada bahagian merasa sakit, akan terasa seluruh badan.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

ASAS PERLINDUNGAN BERSAMA
Demi diriku, yang di dalam kekuasan ALLAH, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika ia tidak melindungi jirannya yang di dalam kesusahan.
(Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal)

Berdasarkan dalil-dalil di atas, para sarjana Islam telah membuat keputusan bahawa perlunya ada usaha yang bersepadu untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah yang terbaik untuk menghuraikan keperluan ini.


UNDANG-UNDANG TAKAFUL
Industri Takaful di Malaysia tertakluk di bawah Akta Takaful 1984, dan diselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Para Pengendali Takaful perlu mematuhi Syariah, syarat-syarat Berkanun dan Kawal Selia yang ketat.


Pengenalan Syariah & Takaful
Syariah

• Syariah adalah perundangan Islam
• Definisi - Jalan lurus
• Muamalat - Perundangan perniagaan contohnya perbank islam, insurans dsb.

Apakah Takaful?


• Al-Takaful, berasal dari perkataan Arab
 Kafala yang bermaksud untuk membantu atau menjamin.
• Konsep insurans yang mematuhi Syariah di mana kumpulan peserta bersama-sama bersetuju untuk menjamin satu sama lain menghadapi risiko yang akan timbul sebagai satu
 Tabarru’ atau derma kepada tabung takaful.
• Konsep perpaduan dan kerjasama antara semua pihak yang terlibat.

Asas Takaful

• Jaminan bersama
• Penyertaan di dalam skim yang dipersetujui bersama
• Membantu satu sama lain menggunakan tabung yang ditakrifkan (tabung tabarru') untuk membayar kerugian yang ditakrifkan

Prinsip Takaful

• Tanggungjawab bersama
• Membantu dan bekerjasama
• Perlindungan bersama

Tabarru’

• Definisi – Derma
• Mengubah kontrak
• Peserta adalah pihak yang menanggung risiko bukannya syarikat
• Pengendali Takaful bukannya pemilik kepada dana tetapi adalah penjaganya
• Pengendali Takaful tidak boleh menggunakan derma-derma tersebut melainkan mendapat kebenaran dari peserta
• Elemen Gharar dan Masyir terhapus serta-merta


No comments:

Post a Comment