Saya
dah ada polisi...
Takaful
untuk semua
Seringkali saya bertemu dengan prospect semasa
blitz dan di booth, salah satu jawapan mereka yang paling saya suka adalah
"Saya dah ada polisi..." kenapa? sebabnya prospect dah aware tentang
kebaikan polisi insurans dan takaful. Biasanya saya akan bertanyakan beberapa
soalan lagi seperti, "Abang amik dari company mana? Ada medikal kad sekali
tak? Ada coverage kos rawatan di hospital swasta tak? Berapa limit medikal kad
abang setahun?..." dan responds mereka dikala ditanyakan soalan-soalan
yang sentiasa bermain difikiran ini pasti dapat membolehkan kami sebagai
financial consultant dapat membuat perbualan yang lebih lanjut...
Kenapa kita perlu mengetahui setiap aspek polisi
insurans dan takaful yang kita bayar setiap bulan? Seperti anda membeli sebuah
kereta, anda pasti akan mengetahui berapa liter engine anda ini, berapa
horsepower, tangki minyak boleh isi penuh sampai berapa liter, berapa laju
maksimum boleh bawak di highway, highspeed cornering dia macamna, berapa stable
kereta waktu hujan, ada ABS ke tak ada EBD, ada airbag ke tak, steering macam
mana...bila dah lama pakai, tayar bila last tukar...ini semua berkaitan dengan
sebuah kereta...namun nak dikaitkan dengan sebuku polisi insurans &
takaful, tak kan anda bayar bulan-bulan untuk bertahun-tahun hanya semata-mata
untuk menerima satu penafian yang polisi anda hanya sehelai kertas kosong yang
tidak mampu membayar sesen pun kos rawatan anda di hospital...
Sebagai
financial consultant, saya selalu menasihati prospect-prospect agar sentiasa
peka dengan polisi insurans anda. Selalu tahu tentang Due Date, masih inforce
lagi ke tak, bila last payment, lagi-lagi polisi yang dibayar setiap bulan
kepada agent. Paling penting adalah adakah coverage anda up to date dengan
keperluan semasa...contohnya adalah pada tahun 2006, medikal kad paling tinggi
coverage RM500,000.00...sesuai lah kos perubatan pada ketika itu...tapi
sekarang nie, polisi medikal kad paling rendah yang ditawarkan oleh Prudential
BSN Takaful Berhad adalah RM500,000.00 sehingga RM2.5million!! (Rujuk Kad
Perubatan Takaful Health 2) setiap tahun, anda perlu review polisi anda dengan
servicing agent anda...dan sentiasa bertanyakan updates tentang polisi anda
ini...anda berhak untuk tahu lebih lanjut berkenaan polisi anda ini... (^^,)
Saya pernah berkenalan dengan seorang Guru Besar
sekolah di kawasan Pandan. Saya menolong beliau untuk followup coverage
insurans dan takaful beliau dengan Syarikat Pengendali. 15tahun beliau membayar
polisi berkenaan dan rupanya coverage
yang diberikan hanyalah RM10,000 untuk kematian dan RM10,000 untuk pampasan
sakit kritikal. Cash value selama 15tahun caruman berjumlah RM13,000. Dan satu
lagi dokumen saya followup dan mendapat feedback yang sangat-sangat
mendukacitakan...dokumen tersebut bukan polisi insurans atau takaful, tapi
merupakan borang permohonan untuk signup Personal Accident...
Nak jadikan cerita
adalah guru berkenaan sedang followup untuk ke IJN untuk treatment injap
jantung yang bermasalah...umur dah lanjut dan penyakit semakin senang
berdamping...satu kata-kata beliau yang berbekas sehingga kini
adalah,"Kenapa agent insurans & takaful tak penetrate market sekolah
luar bandar? dulu masa kat Sabak Bernam waktu muda-muda mana ada jumpa agent
promote kad perubatan...kenapalah saya tak jumpa awak 5tahun lepas ke sebelum
saya sakit?..." sedih jugak la tak dapat membantu...kata-kata inilah yang
membuatkan saya semakin kebal untuk menerima rejection dari orang-orang
disekeliling yang masih tidak ada maklumat tentang kepentingan memiliki
Insurans dan Takaful peribadi... (^^,)
Kos
perubatan semakin meningkat saban tahun
Polisi Insurans dan Takaful perlu bergerak seiring
dengan umur & pertambahan "net worth" diri kita setiap tahun.
Total asset minus total liabilities. Kalau dah perasan yang diri kita memang
banyak hutang, kita kena protect tanggungan kita dengan mencarum dalam simpanan
yang lebih secured seperti skim perlindungan takaful. Semasa kita masih
bernafas pun masih tidak mampu untuk menyelesaikan hutang, bagaimana pula
semasa meninggal dunia? Adakah waris kita akan mampu membawa beban
kewangan? nasihat saya adalah,
berjumpalah dengan financial consultant anda dan consult dengan
beliau untuk menguruskan beban kewangan disamping menolong anda membuat perancangan.
Review polisi insurans & takaful anda setiap tahun...jangan sampai masa nak
guna jer baru terkial-kial cari polisi dan membaca kembali terma dan
syarat...paling senang adalah, buat appointment dengan agent insurans dan
takaful untuk menolong anda membuat assessment...tak rugi pun anda membazirkan
masa anda 20minit untuk polisi insurans & takaful...kerana anda akan
membayar polisi insurans dan takaful itu bertahun-tahun lamanya...tak kenal
maka tak cinta kan? (^_^)
No comments:
Post a Comment