INSURANS PERNIAGAAN (BUSINESS INSURANCE)
Apakah
itu Konsep Insurans Perniagaan (Business Insurance)? Terdapat 4 jenis yang saya
ingin kongsikan di sini
1) PERLINDUNGAN SAHAM SYARIKAT (SHARE PURCHASE COVER)
Perlindungan
saham syarikat adalah perlindungan yang di beli oleh syarikat kepada setiap
lembaga pengarah yang bertujuan untuk melindungi syarikat sekiranya sesuatu
berlaku samaada melibatkan kematian ataupun penyakit kritikal kepada setiap
lembaga pengarah.
Tujuannya
adalah seperti berkut:-
Katakan
Syarikat ABC SDN BHD mempunyai 3 lembaga pengarah yang menguruskan syarikat
tersebut yang mempunyai modal berbayar sebanyak RM1,000,000
Encik
A - Memegang sebanyak 60% saham syarikat jadi RM600,000 modal berbayar adalah
bahagian beliau. Jadi perlindungan yang perlu dibeli untuk Encik A adalah
sebanyak RM600,000 untuk kematian dan penyakit kritikal
Encik
B - Memegang sebanyak 30% saham syarikat jadi RM300,000 modal berbayar adalah
bahagian beliau. Jadi perlindungan yang perlu dibeli untuk Encik A adalah
sebanyak RM300,000 untuk kematian dan penyakit kritikal
Encik
C - Memegang sebanyak 10% saham syarikat jadi RM100,000 modal berbayar adalah
bahagian beliau. Jadi perlindungan yang perlu dibeli untuk Encik A adalah
sebanyak RM100,000 untuk kematian dan penyakit kritikal
Tujuan
perlindungan adalah supaya apabila berlaku kematian atau sakit kritikal,
contohnya kepada Encik A, maka seseorang perlu mengambilalih bahagian beliau,
biasanya kita hanya ingin bekerja dengan individu yang dirasakan sesuai dengan
kita. Jadi sekiranya lembaga pengarah Encik B & Encik C, tidak mempunyai
modal untuk mengambilalih akaun Encik A berjumlah RM600,000 maka mereka perlu
bekerja samada dengan Isteri Encik A @ Anak Encik A. Sekiranya ini berlaku dan
tiada persefahaman maka ianya boleh membuatkan syarikat anda goyang. Jadi
dengan perlindungan yang dibeli oleh pihak syarikat tadi maka Encik B dan Encik
C dapat mengambilalih akaun Encik A setelah mendapat pampasan dari syarikat
insurans sebanyak RM600,000 yang melindungi Encik A dan membayar kepada
keluarga beliau. Mudahkan????
Jadi
dengan perlindungan di atas Encik B & Encik C masih dapat menguruskan
syarikat seperti biasa walaupun salah seorang lembaga pengarah telah tiada
ataupun tidak dapat bekerja.
2) PERLINDUNGAN PENDAPATAN (CRISIS COVER INCOME)
Perlindungan
pendapatan adalah perlindungan yang di beli ke atas pemilik syarikat yang apabila terkena sakit
kritikal maka pemilik tidak dapat menguruskan perniagaan seperti biasa tetapi
jumlah perbelanjaan syarikat masih berjalan contohnya sewa pejabat, gaji
pekerja, elektrik, telefon, etc.....dengan mengambil perlindungan ini maka
pihak insuran akan memberikan pendapatan tahunan selagi masih hidup akan
dibayar secara lumpsum setiap ulangtahun kejadian. Contohnya sekiranya
perbelanjaan syarikat dan kos-kos lain rm10000 sebulan maka, boleh membuat
perlindungan sebanyak rm120,000 setahun....maka jumlah ini akan dibayar setiap
tahun setelah di diagnos penyakit kritikal (walaupun sembuh sepenuhnya pampasan
masih akan dibayar)
3) PERLINDUNGAN PINJAMAN SYARIKAT (LOAN PROTECTION)
Perlindungan
pinjaman syarikat juga boleh dibuat dengan mengambil perlindungan ke atas
pemilik syarikat. Sekiranya berlaku kematian atau penyakit kritikal ke atas
pemilik syarikat. Wang pampasan boleh digunakan untuk membayar pinjaman maka
syarikat boleh beroperasi seperti biasa tanpa masalah kewangan.
4) INSURAN KEYMAN (KEYMAN INSURANCE)
Sekiranya
anda mempunyai seorang perkerja yang berdidikasi dan mengetahui selok belok
operasi syarikat anda tentunya ingin beliau terus setia dan bekerja dengan
anda. Salah satu manfaat win win situation yang anda boleh buat adalah, beli
satu polisi insuran yang memberikan perlindungan manfaat kematian dan sakit
kritikal berjumlah RM1,000,000. Dengan manfaat ini sudah tentu pekerja tersebut
akan terus bekerja dengan anda. Sekiranya berlaku kematian atau sakit kritikal
terhadap beliau maka keluarga beliau sudahpun mempunyai jaminan kewangan untuk
masa hadapan.
Hubungi Saya Untuk Penerangan Lanjut Bagi Insuran Perniagaan Di
Atas
No comments:
Post a Comment